Pengenalan Perang Arus Elektrik

Semasa tahun-tahun awal pembekalan tenaga elektrik, arus terus Edison menjadi piawaian Amerika Syarikat dan Edison langsung tidak berdepan dengan masalah kehilangan pendapatan royalti patennya. Arus terus sangat sesuai digunakan pada lampu pijar yang merupakan beban utama harian, serta motor elektrik. Sistem arus terus boleh digunakan secara terus dengan bateri storan, menyediakan pelarasan beban yang bernilai serta kuasa sandaran sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Penjana arus terus boleh diselarikan dengan mudah, membolehkan operasi dijimatkan dengan menggunakan mesin-mesin yang lebih kecil semasa tempoh beban minima serta menambah baik tahap kebolehpercayaannya. Semasa pengenalan sistem Edison, masih belum terdapat motor AC yang praktikal. Edison telah mencipta meter elektrik untuk membolehkan penggunaan elektrik oleh pelanggan dibilkan, tetapi meter tersebut hanya berfungsi menggunakan arus terus. Setakat tahun 1882 kesemua ini merupakan kelebihan teknikal ketara bagi sistem arus terus.

Daripada hasil kerjanya dengan medan magnet berputar, Tesla mereka satu sistem penjanaan, penghantaran serta penggunaan kuasa AC. Beliau menjadi rakan kepada George Westinghouse untuk mengkomersialkan sistem tersebut. Westinghouse sebelum ini telah membeli hak paten sistem berbilang fasa Tesla serta beberapa paten lain bagi transformer AC daripada Lucien Gaulard dan John Dixon Gibbs.

  • Thomas Edison, perekacipta dan usahawan Amerika, dikenali sebagai "Pendeta Menlo Park" serta membangunkan rangkaian bekalan kuasa DC.
  • George Westinghouse, usahawan dan jurutera Amerika, memberi sokongan kewangan terhadap pembangunan rangkaian kuasa AC yang praktikal.
  • Nikola Tesla, perekacipta Amerika Serbia, ahli fizik serta jurutera elektro-mekanikal, dikenali sebagai "Pendeta Barat"[1] serta membangunkan rangkaian AC.

Terdapat beberapa faktor di sebalik persaingan tersebut. Edison adalah seorang pengujikaji yang pemaksa, tetapi beliau bukanlah ahli matematik. AC tidak boleh difamahi serta dieksploitasi tanpa pemahaman matematik serta fizik matematik yang mencukupi, yang dikuasai oleh Tesla. Tesla pernah bekerja dengan Edison tetapi tidak dihargai (misalnya, apabila Edison mula mengetahui idea Tesla mengenai penggunaan arus ulang-alik, beliau menyingkirkannya sambil berkata: "Idea [Tesla] sungguh bagus, tetapi tidak praktikal sama sekali."[2]). Perasaan buruk semakin berbaur kerana Tesla telah ditipu oleh Edison mengenai pampasan yang dijanjikan untuk kerjanya.[3][4] Lama kemudian, barulah Edison menyesal kerana tidak mahu mendengar nasihat Tesla mengenai penggunaan arus ulang-alik.[5]

Rujukan

WikiPedia: Perang Arus Elektrik http://inventors.about.com/library/weekly/aa102497... http://www.coned.com/sales/business/bus_elec.asp http://books.google.com/books?vid=0MVOc40C5abUxjH6... http://books.google.com/books?vid=0XG_sLtIydoOYRPz... http://cityroom.blogs.nytimes.com/2007/11/14/off-g... http://www.starprof.com/ac/physpring04/phy032604pp... http://www.nuc.berkeley.edu/dept/Courses/E-24/E-24... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://staff.fcps.net/rroyster/war.htm http://www.pat2pdf.org/pat2pdf/foo.pl?number=37303...